Wednesday, November 21, 2007

Laporan Penyertaan FARISPETRA FC Di Karnival Futsal Anak Kelantan


USJ, 18 Nov 2007- Pasukan Bola Sepak Alumni SMSTMFP atau lebih dikenali dengan FARISPETRA FC telah menyertai satu kejohanan Futsal anjuran Kelab Penyokong Cyber Bola Sepak Kelantan(Kelantan dot Net) yang telah berlansung di HTO de Futsal. Pada kejohanan kali ini FARISPETRA FC telah menghantar 3 pasukan yang terdiri dari campuran batch iaitu FARISPETRA A,B dan C. Pengurus pasukan iaitu Sdr. Ahmad Helmie Hassan adalah antara orang yang paling awal sampai di lokasi kejohanan dan disusuli oleh barisan pemain-pemain kita yang rata-rata tersesat kerana ini merupakan kali pertama pasukan kita bermain digelanggang ini.Ketibaan pemain dan penyokong bermula dengan sedikit pertemuan ringkas antara Pengurus pasukan dan pihak pengurusan HTO yang merupakan kenalan salah seorang pemain kita iaitu Mijie dari batch 96. Persetujuan secara lisan telah dipersetujui oleh kedua belah pihak untuk menggunakan venue tersebut sebagai lokasi karnival dan aktiviti Futsal yang bakal diadakan oleh SEMESTA. Para pemain menerima sehelai T-shirt yang tertera di bahagian belakang ‘FARISPETRA FC’ dan semua pemain dengan bergaya memakai T-shirt putih berkenaan. Keadaan ini secara tidak langsung menambat hati jurufoto Harian Metro untuk merakamkan gambar pasukan kita walau pun kejohanan belum lagi bermula.Berikut ialah senarai pemain yang mewakili pasukan kita pada kali ini : FARISPETRA A : Adnan 95, Tg Hazrizal 95, Lee Sahairi 95, Mat Yie01, Nik 01, Fadhlie 00, Izzat 00, .FARISPETRA B : Shahrel 95,Asnadi 96,Omar 99,Mejul 99,Mayye 98, Ajik 99,Che Po 94,Paka 99,Peyuh 96FARISPETRA C : Wan Zainal 91,Adib 84,Payeh 96,Mijie 96,Pujie 98,Bidi 94, Jerul 93, Piah 97,Temmi 96,Salehuddin 94.Kejohanan kali ini melibatkan 46 buah pasukan dan dibahagikan kepada 16 kumpulan yang mana setiap kumpulan mempunyai 3 pasukan. Perlawanan pertama setiap pasukan dalam saingan kumpulan menyaksikan FARISPETRA B mencatat kemenangan bergaya ke atas lawan dengan jaringan 5 berbalas 2. Kita amat terasa kerugian kerana tidak menyenaraikan salah seorang pemain dari alumni kita yang bermain dengan pihak lawan iaitu Sdr Mat Kent dari batch 91.Kedua-dua jaringan pihak lawan dijaringkan oleh beliau. FARISPETRA A telah tewas pada perlawanan pertama tetapi bangkit untuk mecatatkan kemenangan pada perlawanan kedua sekaligus melayakkan FARISPETRA A ke pusingan seterusnya. Manakala pasukan FARISPETRA C yang dua kali mencatatkan keputusan seri juga melayakkan diri ke pusingan seterusnya.Bagi FARISPETRA B pula, saingan begitu menjemput pada perlawanan kedua memandangkan pasukan lawan iaitu Kubang Kerian yang mempunyai barisan pemain yang berkualiti.Corak permainan agak kasar dengan pergerakan pantas serta asakan yang agak kasar dilakukan oleh kedua-dua pasukan.Seorang pemain kita iaitu Mejul 99 terpaksa diusung keluar akibat bentesan keras oleh pihak lawan. Bagaimanapun keputusan seri 1-1 telah melayakkan FARISPETRA B ke pusingan seterusnya. Ini bermakna kesemua pasukan kita berjaya melepasi peringkat kumpulan dan melangkah ke pusingan seterusnya.Semasa permainan peringkat kumpulan diadakan, perlawanan diberhentikan sementara ntuk majlis perasmian dan memperkenalkan pemain2 bola sepak negeri Kelantan pada musim ini.Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Panglima Anuar Musa selaku Presiden KAFA yang baru. Sejurus majlis perasmian kejohanan, YB Dato Anuar juga telah berkesempatan melancarkan FARISPETRA FC denga menandatangani plak Bola Sepak diiringi oleh laungan ‘Hidup FARISPETRA FC’ oleh beliau disambut dengan tepukan dari pemain dan semua hadirin.Perlawanan bersambung selepas makan tengah hari dan sekali lagi nasib tidak menyebelahi kita apabila FARISPETRA A diundi bertemu FARISPETRA B pada pusingan kedua manakala FARISPETRA C akan bertemu Jeli Sentul. Perlawanan FARISPETRA A dan B agak sengit dan menghiburkan dengan kedua-dua pasukan saling tidak berputus asa melakukan serangan sehingga mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti yang berkesudahan kemenangan berpihak kepada FARISPETRA B. Kita terpaksa akur bahawa hanya satu sahaja yang bakal berentap di pusingan seterusnya. Pasukan FARISPETRA C yang terpaksa bermain dengan penjaga gol gantian berikutan Sdr Wan Zainal dari batch 91 terpaksa berkejar ke hospital Klang bagi urusan membawa balik anaknya ke rumah. Ketiadaan beliau telah sedikit sebanyak menukar rentak perlawanan dan keputusan perlawanan tidak memihak kepada pasukan kita yang menjadikan FARISPETRA B calon tunggal kita di suku akhir.Perlawanan suku akhir diantara FARISPETRA B bertemu Harian Metro bermula dengan agak seimbang dan aksi yang penuh mendebarkan. FARISPETRA B telah beberapa kali mencemaskan gawang lawan dengan gerakan dari Che Toy 95 dan Nadi 96. Pengawalan bola yang kemas dari pihak lawan yang merupakan pasukan jemputan khas yang rata-ratanya pemain dari luar Kelantan telah menyebabkan Omar 99dan Mazril 98 terpaksa bekerja keras mematahkan serangan lawan.Dengan masalah kecederaan yang menimpa Mejul 99 dan Paka99 memaksa FARISPETRA B berpuas hati dengan keputusan tewas 1-3.Walaubagaimana pun, kerjasama dari semua pemain dan penyokong yang hadir telah membakar semangat para pemain untuk berjuang pada kejohanan kali ini. Selain dapat merapatkan hubungan sesama ahli melalui gabungan setiap batch dalam satu pasukan dilihat sebagai satu permulaan kepada sebuah pasukan yang lebih berdaya saing pada masa akan datang. Terima kasih juga kepada Super Senior seperti Abe Adib dari batch 84 dan Abe Wan Zainal dari batch 91 menjadi peniup semangat kepada barisan pemain yang lebih muda.Tahniah dan Terima Kasih kepada semua pemain dan penyokong kerana berjaya menjadikan FARISPETRA FC sebagai sebuah pasukan yang perlu diberi perhatian dalam kejohanan tersebut sama ada dari segi pengurusan,keterampilan dan kekuatan pasukan terutamanya. Tidak lupa juga kepada Pengurus pasukan iaitu Sdr Ahmad Helmie Hassan dari batch 96 yang telah memulakan satu bentuk momentum kepada perkembangan pembangunan sukan sesama ahli SEMESTA.TERIMA KASIH SEMUA! Report by Hatme Fadly

No comments: