Sunday, March 29, 2009
SENARAI PENUH MT UMNO, PERGERAKAN PEMUDA, WANITA & PUTERI
Zahid, Hishammuddin, Shafie Naib Presiden UMNO
KUALA LUMPUR 26 Mac - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah dipilih untuk mengisi tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 hari ini.
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memperoleh 1,592 undi, Datuk Seri Hishammuddin dengan 1,515 undi manakala Datuk Seri Shafie Afdal mendapat 1,445 undi.
Lima lagi calon ialah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Tan Sri Mohd. Isa Samad, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim. - Utusan
Senarai penuh Ahli Majlis Tertinggi UMNO
KUALA LUMPUR 26 Mac - Berikut adalah senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipilih sempena pemilihan pucuk pimpinan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang diadakan di sini hari ini.
1. Datuk Seri Mustapa Mohamed (2,239)
2. Datuk Noh Omar (2,084)
3. Datuk Seri Musa Aman (2,084)
4. Datuk Azian Osman (2,060)
5. Datuk Zainal Abidin Osman (2,054)
6. Datuk Mohd. Zin Mohamed (1,854)
7. Datuk Ismail Sabri Yaakob (1,838)
8. Datuk Lajim Ukin (1,804)
9. Datuk Shaziman Abu Mansor (1,705)
10. Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi (1,700)
11. Datuk Tajuddin Abdul Rahman (1,685)
12. Datuk Idris Haron (1,658)
13. Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad (1,624)
14. Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis (1,622)
15. Datuk Saifuddin Abdullah (1,619)
16. Datuk Dr. Norraesah Mohamad (1,611)
17. Datuk Seri Mahdzir Khalid (1,580)
18. Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah (1,529)
19. Datuk Hamzah Zainuddin (1,518)
20. Datuk Bung Moktar Radin (1,517)
21. Datuk Dr. Awang Adek Hussin (1,481)
22. Datuk Seri Zulhasnan Rafique (1,431)
23. Datuk Ahmad Shabery Cheek (1,377)
24. Datuk Seri Idris Jusoh (1,275)
25. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (1,265)
>> Pengerusi Tetap
No Calon Nama Bahagian Bil Undi
01 Tan Sri Datuk Seri Onn Ismail Kapar
02 Datuk Paduka Badruddin Amiruldin Jerai 272
>> Timbalan Pengerusi Tetap
No Calon Nama Bahagian Bil Undi
01 Datuk Mohamad Aziz Sri Gading Menang tanpa bertanding
Presiden
01 Datuk Seri Najib Razak Pekan
Timbalan Presiden
01 Tan Sri Muhyiddin Yassin Pagoh 1575
Naib Presiden
01 Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Bagan Datoh 1592
02 Datuk Seri Mohd Shafie Apdal Semporna 1445
08 Datuk Seri Hishammuddin Hussein Sembrong 1515
Ahli Majlis Tertinggi
02 Datuk Ahmad Husni Mohd Hanadzlah Tambun 1529
03 Datuk Dr Abd Latiff Ahmad Mersing 1624
04 Datuk Dr Awang Adek Hussin Bachok 1481
05 Datuk Seri Idris Jusoh Besut 1275
08 Datuk Azeez Abdul Rahim Baling 1265
10 Datuk Tajuddin Abdul Rahman Pasir Salak 1685
11 Datuk Lajim Ukin Beaufort 1804
13 Datuk Idris Haron Tangga Batu 1658
20 Dr Mohd Puad Zarkashi Batu Pahat 1700
22 Datuk Seri Zulhasnan Rafique Setiawangsa 1431
26 Datuk Ahmad Shabery Cheek Kemaman 1377
28 Datuk Noh Omar Tanjong Karang 2084
30 Datuk Mustapa Mohamed Jeli 2259
31 Datuk Bung Moktar Radin Kinabatangan 1517
32 Datuk Seri Musa Aman Libaran 2084
34 Datuk Saifuddin Abdullah Temerloh 1619
35 Datuk Hamzah Zainudin Larut 1518
36 Datuk Mohd Zin Mohamed Sepang 1854
37 Senator Datuk Azian Osman Ipoh Timor 2060
40 Datuk Shaziman Abu Mansor Tampin 1705
42 Datuk Seri Dr Jamaluddin Mohd Jarjis Rompin 1622
44 Senator Datuk Dr Norraesah Mohamad Balik Pulau 1611
47 Datuk Zainal Abidin Osman Nibong Tebal 2054
48 Datuk Seri Ismail Sabri Bera 1838
51 Datuk Seri Mahdzir Khalid Padang Terap 1584
Ketua Wanita
01 Tan Sri Rafidah Aziz Kuala Kangsar 280
02 Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Lembah Pantai 507
Naib Ketua Wanita
01 Datuk Kamilia Ibrahim Kuala Kangsar Menang tanpa bertanding
Pengerusi Tetap Wanita
01 Tan Sri Napsiah Omar Kuala Pilah Menang tanpa bertanding
Timbalan Pengerusi Tetap Wanita
01 Senator Datuk Saripah Aminahbi Syed Mohd Jelutong Menang tanpa bertanding
Exco Wanita
02 Ros Suryati Alang Bayan Baru 405
06 Senator Datuk Armani Mahiruddin Libaran 463
12 Senator Datuk Maznah Mazlan Rompin 374
14 Suraya Yaacob Pendang 388
16 Senator Datuk Noorhayati Onn Klang 463
17 Datuk Azizah Mohd Dun Beaufort 371
18 Datuk Norhayati Omar Kuala Pilah 432
20 Norliza Abdul Rahim Bukit Gelugor 377
21 Norliza Ahmad Kapar 347
22 Senator Wan Hazani Wan Mohd Nor Gua Musang 344
25 Datuk Jamelah A Bakar Batu Kawan 400
26 Hasnah Salam Alor Gajah 520
27 Datuk Rosni Zahari Maran 480
28 Senator Sharifah Azizah Syed Zain Kluang 375
31 Marlia Abd Latiff Padang Serai 416
41 Noriah Mahat Pagoh 412
43 Datuk Rusnah Kassim Tanjong Malim 430
45 Datuk Maznah Abd Hamid Jerlun 509
46 Datin Paduka Seripah Noli Syed Hussin Kelana Jaya 367
47 Azihani Ali Kangar 385
Ketua Pemuda
01 Datuk Mukhriz Mahathir Kubang Pasu 232
02 Datuk Seri Mohamad Khir Toyo Sungai Besar 254
03 Khairy Jamaluddin Rembau 304
Naib Ketua Pemuda
No Calon Nama Bahagian Bil Undi
01 Datuk Razali Ibrahim Muar 417
02 Datuk Reezal Merican Naina Merican Kepala Batas 373
Pengerusi Tetap Pemuda
02 Datuk Abdul Fattah Abdullah Cameon Highlands 460
Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda
No Calon Nama Bahagian Bil Undi
01 Muhammad Yadzan Mohammad Tanjong Malim 202
Exco Pemuda
02 Zubir Zabidi Alor Star 419
06 Tengku Azman Tengku Zainol Abidin Bukit Bintang 455
09 Shafiqurrahman Shamsuddin Kuala Kedah 569
10 Ali Mazat Salleh Kulai 437
11 Megat Zulkarnain Omardin Gombak 436
12 Tun Faisal Ismail Aziz Putrajaya 402
17 Datuk Ahmad Darus Kepala Batas 446
20 Lokman Noor Adam Shah Alam 406
22 Zamri Zainol Abidin Pokok Sena 344
25 Mohd Gasing Saling Kalabakan 534
27 Mohd Afandi Yusoff Rantau Panjang 503
28 Jawawi Jaafar Tenom 471
30 Mohamed Suffian Awang Kuantan 657
38 Ahmad Zaki Zahid Putrajaya 446
42 Mohd Hisamudin Yahaya Putrajaya 388
46 Nazir Hussin Akhtar Husin Titiwangsa 410
47 Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak Jerantut 471
50 Muhammad Khairun Aseh Putrajaya 389
55 Sohaimi Shahadan Selayang 541
58 Mohd Iruan Zulkefli Lenggong 387
64 Syahrin Md Jamaludin Tebrau 404
Ketua Puteri
01 Datin Ismalina Ismail Wangsa Maju 59
02 Datuk Shahaniza Shamsudin Maran 239
03 Ida Rahayu Md. Noor Petaling Jaya Utara 146
04 Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Papar 245
05 Saarah Ali Bashah Seputeh 3
06 Bibi Sharliza Mohd Khalid Rembau 86
Naib Ketua Puteri
01 Norlee Ashilin Datuk Radzi Lembah Pantai 255
03 Nordiana Shafie Kuala Terengganu 75
04 Haslinda Mohd Zerain Ampang 94
05 Shahanim Mohamad Yusof Sungai Petani 353
Pengerusi Tetap Puteri
02 Azlieza Azizan Tangga Batu 445
Timbalan Pengerusi Tetap Puteri
01 Hasspalela Mohammad Hassan Kulai 499
AJK Puteri
07 Fatimah @ Nik Fatimah Nik Salleh Tumpat 400
16 Wan Zawiyah Wan Halim Kubang Pasu 433
17 Norhamizah Mat Tahir Selayang 482
18 Dayang Maimunah Sidek Sipitang 453
25 Azlinda Zubir Bukit Katil 510
27 Fahariyah Md Nordin Ledang 474
30 Zahida Zarik Khan Pandan 501
31 Norsabrina Mohd Noor Kulim-Bandar Baharu 426
33 Mas Ermieyati Samsudin Masjid Tanah 604
35 Isfarina Mohd Bali Ipoh Barat 444
36 Hasrunizah Hassan Pontian 514
40 Asmaiza Ahmad Padang Besar 498
45 Seriwani Sabtu Setiawangsa 395
50 Wan Salwati Abdullah Seremban 465
52 Nor Azita Abdul Rahman Pekan 414
Ikrar perangi habis-habisan politik kotor, keji
PERHIMPUNAN ini adalah perhimpunan yang amat bermakna. Perhimpunan ini berlangsung dalam suasana kepemimpinan Melayu, kedudukan institusi bangsa Melayu, kesucian agama Islam dan Institusi Raja-Raja Melayu sedang dicabar. Perhimpunan ini juga berlangsung pada masa parti melakukan pemilihan barisan kepemimpinan di semua peringkat yang selanjutnya akan mencorakkan hala tuju dan arah haluan parti.
Proses pemilihan telah melalui perjalanan panjang bermula dari peringkat cawangan dan bahagian, membuktikan bahawa amalan demokrasi masih subur di dalam Umno. Pada masa sama, perhimpunan ini juga memberikan ruang kepada kita meneliti dan menghalusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12, bagi kita merancang gerak kerja dan menyuntik semangat bangun dengan dimensi, pendekatan dan tenaga baru untuk terus mengukuhkan Umno.
Ada yang berpendapat Pergerakan Pemuda sudah hilang tarikan, gagal menarik minat generasi muda Melayu terutama di kalangan yang terpelajar. Ada yang menggembar-gemburkan Pemuda Umno berada dalam keadaan retak menanti belah.
Ramai yang meramalkan bahawa Pemuda akan jatuh tersungkur. Namun kita tidak tunduk mengalah, sebaliknya walaupun dalam keadaan yang begitu sukar, kita bertekad dan berikrar untuk tidak menyerah kalah.
Rakyat perlu didampingi, diperlihatkan dan diyakinkan bahawa kita sentiasa membela nasib mereka. Lantas kita bingkas bangun mengumpul kekuatan dan menghimpun kebijaksanaan bagi mempelopori dan mengagaskan apa yang kita ungkapkan sebagai Perjuangan Politik Nilai dan Makna.
Selepas mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran, melalui pendekatan yang teliti, tertib dan bijaksana akhirnya Pemuda kembali gagah dan perkasa, tegap dan mantap, kukuh dan padu, kekal meneruskan wadah perjuangan bangsa dan umat Melayu.
Sepanjang tempoh 10 tahun ini, ramai pemimpin Pemuda diberi kepercayaan dan amanah untuk memegang jawatan penting dalam kerajaan, baik di peringkat pusat mahupun negeri. Terbaru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir menjadi pilihan pimpinan parti untuk mendapat perkenan Paduka Seri Sultan Perak dilantik Menteri Besar Perak yang ke-11.
Dalam pemilihan kepemimpinan parti kali ini, Pergerakan Pemuda Umno sekali lagi membuktikan bahawa kita tidak ketandusan pemimpin berbakat. Kita bersyukur kerana Pemuda berjaya melahirkan ramai pemimpin pelapis.
Hari ini Datuk Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Mohd Khir Toyo, Khairy Jamaludin, Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Reezal Naina Merican serta 64 orang lagi menawarkan diri untuk mengisi jawatan Ketua, Naib Ketua dan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Adat bertanding, ada yang terpilih, ada yang tidak. Apa pun keputusan perwakilan hari ini, mereka tetap aset Umno yang kekal berharga.
Siapa pun yang terpilih, saya berdoa semoga mereka akan terus berjaya menyalakan obor perjuangan untuk melanjutkan tradisi kegemilangan kita. Berasaskan pengalaman yang saya alami, tanggungjawab sebagai seorang Ketua Pemuda penuh dengan dugaan dan cabaran berat. Jika sewaktu mengambil alih dulu cabaran yang saya hadapi sudah begitu berat, saya percaya, Ketua Pemuda yang baru, akan berdepan dengan cabaran jauh lebih hebat berbanding apa yang pernah saya alami sebelum ini.
Akhir-akhir ini kita menyaksikan usaha terancang dan berterusan oleh pembangkang untuk meruntuhkan tiang-tiang seri negara yang berperanan sebagai pendukung utama kedaulatan sebuah negara bangsa yang merdeka lagi berdaulat.
Rakyat juga dihasut dengan kebencian terhadap anggota pasukan keselamatan. Pasukan polis dijadikan sasaran serangan. Sudah ada pihak yang begitu angkuh, sombong dan bongkak secara berterusan mencabar dan memperolokkan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
Ibarat cacing naik ke mata, sudah ada pihak yang begitu angkuh mencabar dan memperolokkan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara. Malah mereka begitu biadab menghina Institusi Raja-Raja Melayu sehingga ke peringkat berani mencabar status agama Islam. Tanpa mengira tempat, tanpa menghiraukan akibat, mereka menabur fitnah, melempar tuduhan tidak berasas dan menghina sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan mereka.
Kepada mereka yang tidak bertanggungjawab ini, janganlah mengambil kesempatan menonjol keberanian, bermulut celupar berselindung di sebalik kekebalan Dewan Rakyat yang mulia untuk melontarkan tuduhan liar tidak berasas. Kebebasan bersuara jangan sama sekali disalah gunakan, lebih-lebih lagi untuk menyalakan api perkauman hingga negara mahu dimusnahkan.
Ingatlah, hakikatnya, Barisan Nasional masih kekal diberi mandat oleh rakyat; masih kekal menguasai majoriti di Parlimen selepas pilihan raya ke-12. Kita kekal berjaya menubuhkan kerajaan. Keputusan pilihan raya berasaskan prinsip demokrasi masih berpihak kepada kita. Namun ada Petualang yang secara sumbang mengisytiharkan bahawa akan berlaku pertukaran kerajaan pada 16 September 2008.
Lalu disemai benih keraguan di kalangan rakyat hingga menjejaskan keyakinan dunia. Ingatlah saudara, Si Petualang ini, oleh kerana gilakan kuasa, sanggup berbuat apa saja. Si Petualang sanggup menyemai benih kebencian; sanggup bersekongkol dengan musuh, tergamak menidakkan hak bangsa sendiri, menghina tanah airnya sendiri di pelbagai forum di serata dunia, bersedia mempersenda Institusi Raja dan sesiapa saja untuk memuaskan nafsu rakusnya.
Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengambil ketetapan untuk menentang habis-habisan permainan politik kotor dan keji oleh Si Petualang ini. Pemuda berikrar untuk mempertahankan setiap tiang seri yang menjadi asas menegakkan kedaulatan negara bangsa selama ini. Pemuda akan mempertahankan keluhuran Perlembagaan, menegakkan kedaulatan undang-undang, memastikan hak dan kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera, kesucian agama Islam serta Institusi Raja-raja Melayu.
Bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Umno ini, barisan kepemimpinan Pergerakan Pemuda yang baru perlu terus berusaha menarik minat golongan muda untuk menyertai Umno dan menyemarakkan semangat berkhidmat untuk parti. Kepemimpinan Pemuda yang baru perlu memahami mereka; memahami aspirasi, cita-cita dan kebimbangan mereka.
Berfikirlah dengan berpandangan jauh demi masa depan bangsa dan negara. Survival bangsa, survival negara, survival parti dan survival perjuangan akan ditentukan dan dipengaruhi oleh setiap satu undi yang ada di tangan kita.
Sedar dan insaflah kejayaan parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti, sedikit sebanyak akan dipengaruhi keputusan pemilihan pimpinan Umno dalam persidangan ini. Ingatlah, rakyat sedang memerhatikan kita.
Sesungguhnya Pemuda mesti terus menjadi tiang kekuatan parti. Pemuda alaf ke-21 perlu tuntas menghadapi cabaran yang semakin berat dan dunia yang tidak menentu dekad ini. Pemuda mesti memiliki pengetahuan untuk menyerap persekitaran dan perkembangan ilmu. Idealisme, gagasan dan pendekatan juga perlu diberi nafas baru. Kita mesti jujur, ikhlas, beramanah dan bertanggungjawab dengan tekad dan niat yang satu, Menjunjung agama, Memartabat bangsa.
Saya berterima kasih atas sokongan saudara-saudara selama 11 tahun saya memegang amanah memimpin Pemuda. Pada pagi yang penuh berkat ini saya memohon maaf kepada semua yang berada di dalam dewan ini dan setiap pejuang Umno di seluruh negara atas apa juga kekurangan dan kelemahan yang berlaku sepanjang tempoh saya menerajui kepemimpinan Pemuda.
Saya amat menghargai kepercayaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberikan amanah dan tanggungjawab kepada saya di dalam kerajaan pimpinannya dengan melantik saya sebagai Menteri Pelajaran Malaysia. Pemuda Umno akan menjadikan contoh teladan akan sifat kenegaraan beliau yang tinggi, bersedia memberikan laluan menyerahkan kepemimpinan parti kepada barisan pelapis.
Seluruh warga Pergerakan Pemuda Umno, sebulat suara berikrar untuk memberi sokongan padu dan kerjasama erat kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Razak yang bakal menerajui kepemimpinan parti. Pemuda sedar Datuk Seri Najib mengambil alih kepemimpinan parti dan kepemimpinan negara dalam suasana dan persekitaran politik dan ekonomi yang sungguh mencabar.
Untuk itu sewajarnya kita meningkatkan azam, bersama dengan sayap Wanita dan Puteri memastikan Umno terus kukuh bersatu - bekerja dan bekerja, berusaha dan berusaha meneruskan kegemilangan parti.
Sepanjang 11 tahun menerajui kepemimpinan, saya tidak pernah mengkhianati orang Melayu. Saya tidak mengamalkan sifat gunting di dalam lipatan. Saya cekal meneruskan amanat dan warisan perjuangan yang telah saya warisi dari nenda saya dan ayahanda saya. Saya sedar banyak khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat layang yang disebarkan menyerang peribadi saya.
Saya menyerahkan kepada penilaian Ilahi yang Maha Mengetahui. Bahawa dalam diri cucunda Datuk Onn ini, mengalir darah perjuangan Melayu yang sejati, berpaksikan kepada keluhuran nilai dan idealisme murni. Saya sama sekali tidak akan menderhakai wadah perjuangan yang saya warisi daripada nenda dan ayahanda saya. Saya sama sekali tidak akan mengkhianati perjuangan Melayu.
Dengan restu saudara sekalian, berbekal pengalaman, keyakinan dan semangat juang, saya telah menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden Umno dalam perhimpunan kali ini. Sekiranya saya diberikan sokongan padu oleh perwakilan terutama dari Pemuda, sekiranya hajat saya dimakbulkan Ilahi, adalah menjadi hasrat saya untuk membantu meningkatkan peranan Pergerakan Pemuda secara lebih ketara dan efektif.
Perhimpunan kita hari ini akan menjadi saksi kepada peristiwa besar dalam Pergerakan Pemuda kerana proses menyerah amanah akan berlangsung. Pemimpin mungkin bersilih ganti dan peranan kepemimpinan mungkin berbeza tetapi tanggungjawab kekal dan perlu dipenuhi secara amanah oleh setiap pemimpin dan kepemimpinan. Pemimpin datang dan pergi di semua peringkat sementara tanggungjawab tetap menanti untuk dilaksanakan secara beramanah.
Dalam majlis ini saya menyerah amanah kepada Ketua Pemuda yang baru untuk menjaga amanah bangsa yang saya pikul selama 11 tahun dengan pesanan, jagalah pergerakan yang kita sayangi ini dengan baik, dengan sempurna dan dengan tertib.
Dalam majlis ini juga, pendirian perwakilan untuk menyerah amanah kepada saya bagi meneruskan peranan kepemimpinan mewakili Pemuda di peringkat yang lebih tinggi akan saya laksanakan dengan sebaik mungkin, dengan sempurna dan dengan tertib. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT agar terus diberikan taufik dan hidayah, kebijaksanaan dan petunjuk untuk kita tunaikan amanah ini demi menjunjung agama, memartabat bangsa.
Pergerakan sandar harapan angkat Pemuda ke tahap lebih cemerlang
SELEPAS kira-kira empat bulan menunggu dengan penuh debaran dan sekali-sekala dikejutkan dengan unsur tuduh menuduh dan tohmahan, akhirnya terjawab sudah siapa calon yang mendapat kepercayaan mengisi kekosongan jawatan nakhoda Pergerakan Pemuda Umno. Perwakilan Pemuda semalam memilih Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sebagai ketua mereka yang baru, menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang tidak mempertahankan jawatannya.
Bagi sesetengah pihak sebagai keputusan agak mengejutkan kerana Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau dikatakan agak ketinggalan berbanding dua pesaingnya, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo. Selama kira-kira enam bulan sehingga kelmarin, pelbagai pandangan, spekulasi dan rating dihebahkan mengenai prospek ketiga-tiga calon berkenaan.
Ketika ada pihak mendakwa Mukhriz selesa mendahului, yang lain pula mendakwa kononnya Dr Mohamad Khir jauh meninggal-kan dua saingannya. Akhirnya kuasa memberi jawapan kepada persoalan berkenaan adalah di tangan perwakilan. Seorang pembantu Khairy ketika ditanya perkara itu tidak lama sebelum pemilihan sekadar menjawab Alhamdulillah - tanpa mahu turut terjerumus ke dalam kancah meneka tanpa kepastian.
Bagi jawatan Naib Ketua yang turut menyaksikan pertandingan tidak kurang hebat, khabar gembira diterima Ketua Pemuda Umno Johor, Datuk Razali Ibrahim untuk mengetepikan pesaingnya, Datuk Reezal Merican Naina Merican. Dengan terungkainya persoalan itu, semua ahli pergerakan berkenaan khasnya, seluruh warga Umno amnya kini boleh menumpukan sepenuh usaha dan perhatian kepada gerakan memulihkan parti tunjang kerajaan itu pada mata penyokong dan penentangnya.
Kini, di bahu Khairy dan Razali yang juga Ahli Parlimen Muar terletak tanggungjawab cukup besar, bukan sekadar membicarakan konteks dalam negara tetapi juga lantang membahaskan isu antarabangsa, terutama yang membabitkan penindasan ke atas umat seagama dan hak asasi manusia. Pada bahu mereka juga disandarkan harapan memandu Pemuda ke tahap lebih cemerlang, sekali gus membina legasi gemilang berpandukan contoh ditinggalkan pemimpin terbilang yang dilahirkan Pemuda sejak 1950-an lalu.
Dengan restu lebih 700,000 ahlinya, Khairy dan Razali harus berani menentukan hala tuju pergerakan berkenaan bagi menonjolkan peranan Pemuda yang berjuang tanpa bertunjangkan sebarang kepentingan, kecuali untuk membela nasib rakyat, bukan sekadar ‘suara rasmi’ kerajaan. Dalam senarai tanggungjawab mereka juga ialah mempersiapkan pergerakan itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 yang bakal menyaksikan pertambahan jumlah pengundi muda, kumpulan umur yang dikatakan menyumbang kepada kemerosotan prestasi Umno dan Barisan Nasional (BN) pada PRU Ke-12.
Disokong barisan 20 Exco dari kepelbagaian latar belakang, Pemuda di bawah teraju kepemimpinan baru berupaya membawa anjakan prestasi ke tahap lebih tinggi dan memenangi semula hati akar umbi walaupun mungkin nanti dilabel dengan gelaran tertentu. Sejak penubuhannya, Pemuda Umno pernah mendapat pelbagai gelaran, dipanggil kumpulan pendesak, kumpulan tahan lasak serta kumpulan halia atau ‘ginger group.’
Apa juga gelaran yang diberikan, Pemuda harus memastikan maksud dan inti pati perjuangannya tidak lari daripada landasan untuk menunjang kepentingan bangsa, memartabatkan kesucian agama dan negara, menjadi benteng mempertahankan nasionalisme. Pesan Hishammuddin dalam ucapan terakhirnya sebagai Ketua Pemuda semalam wajar direnung sentiasa: "Pemimpin bersilih ganti dan peranan kepemimpinan mungkin berbeza, tetapi tanggungjawab kekal dan perlu dipenuhi dengan penuh amanah.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment