Thursday, April 2, 2009

announcement : JOM KE PRK BUKIT SELAMBAU & BUKIT GANTANG, 4 April 2009...






Sekretariat Pemuda UMNO Bahagian Ketereh dengan kerjasama UMNO Bahagian Ketereh menjemput 'PEMUDA - PEMUDA' akar umbi di Bahagian Ketereh untuk bersama-sama kami mengikuti rombongan Pemuda Bahagian ke Kedah. Rombongan ini dapat dimanfaatkan oleh pemuda akar umbi akan proses Pilihanraya Kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Pengalaman menghadapi Pilihanraya Kecil harus diberikan pendedahan kepada barisan Pemuda Umno akar umbi dan kekuatan moral serta semangat 'setiakawan' antara barisan kepimpinan Pemuda Umno Bahagian Ketereh dan ahli-ahli pemuda harus diambil kesempatan sebaik mungkin dalam rombongan ini. Rombongan turut berpeluang menyaksikan perlawanan bolasepak diantara Pasukan 'Red Warriors' menentang pasukan Kedah di Stadium Darul Aman.

Sehubungan dengan itu pihak sekretariat Pemuda Umno Ketereh ingin memberi peluang kepada mana-mana ahli-ahli pemuda bahagian menyertai rombongan yang akan bertolak pada 4hb April 2009, dan berkumpul di Perkarangan Kompleks YKK pada pukul 9.00 pagi. Kepada yang berhati waja dan berdedikasi serta komited untuk turut serta dalam rombongan ini, sila hubungi saya secepat mungkin. ( Hubungi segera: Ahmad Helmie Hassan : 014 322 5 888 )

Sekian Harap Maklum

No comments: