Thursday, April 30, 2009

'THE THINKTANKS' - PAS & KEMELUT SEMASA

BY: Adam Jalil

Pemilihan pucuk pimpinan baru Parti Islam se-Malaysia (Pas) akan datang hampir pasti menyaksikan kemenangan bergaya Husam Musa sebagai Timbalan Presiden.
Sungguhpun pelbagai nama telah disebut dan dicalonkan, namun akhirnya pemilihan tersebut antara dua sahaja iaitu antara YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang emwakili golongan Melayu Islam moderat dengan YB Husam Musa yang mewakili kumpulan Islam liberal dalam Pas.

Ustaz Nasharuddin telah dicop oleh sebahagian taksuban Pas sebagai pengkhianat jamaah kerana mengadakan perbincangan sulit dengan bekas Menteri Besar Selangor Dr. Mohamad Khir Toyo untuk mewujudkan kerajaan perpaduan BN-Pas di Selangor selepas keputusan pilihan raya lalu diumumkan.

Ustaz Nasharuddin juga dikatakan telah berusaha melakukan perkara yang sama di Perak demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu di kedua-dua negeri ini.Seperti diketahui umum juga, ketika Presiden Pas, Haji Hadi Awang dan "orang kuat parti" Mustafa Ali bersetuju dengan perbincangan tersebut, kumpulan Islam Liberal dalam Pas seperti Husam, Takiyuddin, Kamaruddin Jaafar berjaya mempengaruhi Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dewan Ulama untuk menolak agenda kumpulan islam moderat ini.

Kumpulan Islam Liberal ini mewakili kepentingan agenda Anwar dalam Pas dan sentiasa berada dalam lingkungan Nik Aziz. Mereka sedar hala tuju Pas hanya ditentukan oleh Nik Aziz. Kepimpinan lain tiada pengaruh yang besar kecuali Nik Aziz.

Nik Aziz telah membina satu aura yang cukup kuat dalam Pas sehinggakan keputusan beliau dianggap terbaik. Sesiapa yang dilihat ditentang atau tidak direstui oleh Nik Aziz maka hampir pasti akan kalah atau kehilangan pengaruh.Demikianlah nasib Nasaruddin Mat Isa. Beliau tidak lagi dilihat sealiran dengan Nik Aziz. Sama ada benar atau tidak adalah persoalan lain. Namun sekurang-kurangnya itulah yang cuba digambarkan oleh kumpulan pro Anwar ini.

Barisan kepimpinan Pas akan datang bakal dibarisi oleh kumpulan pro Anwar atau pun dikenali sebagai puak Endrogan. Sebenarnya istilah endrogan tidak tepat kerana kumpulan pro Anwar dalam Pas ini sebenarnya sedang melacurkan Islam untuk kepentingan Anwar.

Kumpulan ini turut dianggotai oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Jika pembaca masih ingat Khalid Samad inilah yang berucap dalam sebuah gereja di Shah Alam menyokong tuntutan kumpulan agama kristian untuk menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah dalam bible bahasa Melayu mereka.

Ironinya, suatu ketika dahulu Pas Shah Alam juga yang membantah dan menentang pembinaan sebuah gereja tersebut di Shah Alam. Wang Anwar dan kuasa yang beliau dapat telah melupakan perjuangan asal Pas.Anwar akan berhabis-habisan untuk memastikan orang-orangnya dalam Pas akan menang dalam pemilihan kali ini.

Mengapa Husam pasti menang? Selain sokongan Nik Aziz, Husam juga akan mendapat sokongan kewangan yang besar dari Anwar untuk kempen kali ini. Husam merupakan antara tokoh utama mengamalkan politik wang dalam pemilihan lalu.

Nasharuddin pula dalam keadaan yang amat lemah. Beliau tidak mendapat sokongan Nik Aziz kerana sikapnya yang "kurang gemar" terhadap Anwar Ibrahim. Lebih penting beliau dikenali sebagai tokoh yang bersih dalam pemilihan Pas sejak dahulu lagi. Kemenangan beliau sebelum ini kerana beliau dilihat sebagai pemimpin muda Pas yang mempunyai karisma dan kredebiliti.

Pemilihan Pas kali ini bukan lagi isu siapa yang akan membawa panji-panji perjuangan Islam atau parti tersebut. Isu kali ini ialah siapa yang bersedia membawa panji-panji Anwar Ibrahim maka beliaulah akan dimahkotakan sebagai generasi baru kepimpinan Pas.

REF: anwarisme.blogspot.com

No comments: