Saturday, August 22, 2009

22 August : AL-GHUFRAN @ PINGGIR TTDI : MENGHAMBAKAN DIRI PADA KEKUASAAN ALLAH S.W.T PADA HARI PERTAMA PUASA RAMADHAN 1430H





22 August : Masjid Al-Ghufran, bukan asing bagi diri saya kerana Masjid inilah menjadi nadi kepada perkembangan syiar Islam bagi anak-anak Mukim Pinggir TTDI / Sg Penchala / Damansara Perdana dan masyarakat Islam kawasan sekitarnya. Memandangkan ianya hanya 5 minit(5 km) perjalanan daripada pejabat saya di The Place, Damansara Perdana, Masjid Al-Ghufran menjadi destinasi kami setiap kali mengerjakan Solat Jumaat, dan hari ini 22 Ogos, saya berpeluang berbuka puasa, bersolat berjamaah, bertarawikh dan mengabdikan diri padaNya di Masjid Al-Ghufran ini.

Alhamdullilah, setelah selesai urusan saya bersama pelanggan saya, seorang Pilot MAS, dimana syarikat saya terlibat dalam 'Design & Build' banglo baru beliau di Jalan 6, belakang Masjid Al-Ghufran, yang sememangnya menjadi agenda saya untuk bertemu beliau sekitar jam 6 petang, selepas itu saya terus bergegas ke Masjid Al-Ghufran kerana sahabat saya daripada Alor Star sudah sampai di perkarangan masjid bersama 4 orang anak-anak Yatim daripada Sekolah Tahfiz Maahad Qiraat Al-Azhar ( Kedah ). Melihatkan wajah bersih keempat-empat pelajar lelaki tersebut yang kesemuanya berusia 16 tahun, hati saya begitu merasa 'aura' ketenangan dan sememangnya saya beranggapan bahawa begitu bertuahnya arwah ibubapa pelajar-pelajar tersebut melahirkan zuriat yang begitu mulia,keempat-empat anak yatim piatu tersebut yang berkeupayaan menghafal keseluruhan ayat suci al-Quran memang mengagumkan saya.

Kami berjemaah Solat Maghrib bersama anak-anak Mukim masjid tersebut, sekitar 4 saf untuk makmum lelaki dan bersama-sama berbuka puasa di Cafe Al-Ghufran. Salah seorang Ahli Jawatankuasa masjid Al-Ghufran yang merupakan pelanggan syarikat saya telah menjemput saya sebelum ini untuk bersama-sama berbuka puasa di situ dan atas dasar itu saya telah menjemput anak-anak Tahfiz tersebut yang sememangnya kematian IbuBapa masing-masing. Saya bertindak sebagai posmen untuk memastikan mesej daripada anak-anak Tahfiz yatim piatu tersebut dapat diringgankan bebannya oleh kita yang lebih berkemampuan dan berkeupayaan ini.

Selesai berbuka puasa, kami terus kembali ke dewan solat dan seterusnya mengerjakan solat Isyak dan Solat Sunat Terawikh bersama-sama. Kurang lebih 11 saf semuanya bagi makmum lelaki dan saya kurang pasti untuk makmum wanita dan saya amat berbangga kerana kelihatan begitu ramai anak-anak muda di bawah umur 30 an bersama-sama mengerjakan solat secara berjamaah sebentar tadi. Hati saya mula berfikir panjang sehingga kini saya begitu insaf dan terharu dan saya mencoretkan beberapa penilaian saya berhubung peristiwa manis saya hari ini untuk pengiktibaran saya masa mendatang:
Penilaian saya selama 3 jam di Masjid Al-Ghufran:
1. Institusi Masjid sememangnya harus dikembangkan dan diberi peruntukan yang banyak kerana asas sesebuah masyarakat dan pengukuhan institusi kekeluargaan bermula di masjid. Model dan asas-asas pembudayaan syiar Islam dan Masjid dijadikan pusat perkembangan dan pengukuhan agama Islam secara bersepadu. Masjid Al-Ghufran salah satu model lengkap sebuah pusat perkembangan komuniti Islam yang cukup berpengaruh dan berjaya.
2. Aktiviti-aktiviti masyarakat yang berpusat di Masjid dan masjid dijadikan institusi rujukan bagi keseluruhan masyarakat setempat, yang mana anak-anak mukim begitu yakin akan pengurusan yang amanah dan cekap oleh Jawatankuasa Masjid menjadikan pemusatan segala aktiviti-aktiviti dan pengumpulan dana dan pengagihan perbelanjaan dapat dilaksanakan dengan baiknya.
3. Jawatankuasa Masjid diberi peluang untuk menjana pendapatan dengan melaksanakan beberapa aktiviti perniagaan yang diyakini bersih dan amanah mampu untuk mengurangkan kebergantungan terhadap kutipan-kutipan derma semata-mata. Dengan dana yang mencukupi dan banyak sahaja mampu untuk memastikan aktiviti-aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna dan operasi penyelengaraan Masjid dapat dilaksanakan dengan baik dan suasana kondusif, bersih dan selesa dapat dinikmati oleh keseluruhan anak-anak mukim.
4. Saya mengimpikan untuk membina Masjid sendiri suatu hari nanti dan saya akan menjadikan Model Masjid Al-Ghufran sebagai salah satu contoh Masjid yang betul-betul bercirikan 'Pusat Syiar dan Perkembangan Islam' yang moden dan terbaik.
5. Sistem dan penstrukturan Masjid yang tersusun dengan tanggungjawab yang dipikul oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Masjid yang cekap dan amanah sedikit sebanyak meyakinkan penderma-penderma dan penyumbang-penyumbang yang dermawan/mulia, tidak putus-putus menyalurkan sumbangan masing-masing demi kepentingan anak-anak mukim beribadat dan menghambakan diri padaNya dalam keadaan selesa dan tenteram.

Saya begitu yakin dan percaya, jika model dan struktur pentadbiran pengurusan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti Pengembangan Syiar Islam yang diguna pakai oleh Masjid Al-Ghufran ini dapat diterap dan dilaksanakan bagi keseluruhan masjid-masjid di Malaysia ini, maka masyarakat Melayu Islam kita akan lebih tersusun dan teratur serta berkeupayaan menikmati hidup yang lebih aman dan selesa kelak. Institusi Masjid harus diperkasakan dan dipelbagaikan bersesuaian dengan peredaran zaman dan perkembangan struktur modenisasi masyarakat setempat. Masjid Al-Ghufran yang saya kagum ini meninggalkan makna yang cukup mendalam pada diri saya hari ini, dan saya berazam pada diri saya untuk melakukan sesuatu yang terbaik dan mencabar diri saya untuk membina sebuah Masjid mirip Masjid Al-Ghufran kelak.

Sedikit latar belakang Masjid Al-Ghufran:

'Masjid Al Ghufran telah didaftarkan dengan nama Surau Balai Islam dibawah pengawasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) pada 6 April 1993. Ia pada mulanya hanya digunakan untuk pusat pertemuan masyarakat Islam setempat di hari - hari kebesaran Islam juga sebagai pusat kelas - kelas pengajian di samping berperanan sebagai tempat solat ahli - ahli jemaah di sekitar Pinggir Taman Tun Dr. Ismail.

Ia didirikan di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh salah seorang ahli jemaah yang bermurah hati menyerahkan sebahagian tanah peribadinya untuk diusahakan sebagai sebuah Surau.

Mulai dari Februari 1995 Surau Balai Islam telah dinaikkan taraf menjadi Surau Jumaat memandangkan peranannya sebagai tempat bersolat untuk ahli jemaah di kawasan persekitarannya semakin penting dengan bertambahnya kegiatan pembangunan di sekitar Pinggir Taman Tun Dr. Ismail.

Hasil daripada sumbangan dermawan dari golongan para koprat, Surau Balai Islam ini telah diubahsuai dan dibangunkan sesuai dengan peningkatan peranannya yang bukan sahaja sebagai surau malah mempunyai kemudahan - kemudahan seperti sekolah rendah agama, kamar musafir, dewan konferen, dewan makan dan bilik mesyuarat yang dibangunkan mulai September 1998. Akhirnya Surau Balai Islam yang berwajah baru telah siap dibangunkan dan mula beroperasi menerima tempahan untuk penginapan kamar musafir pada 14 Julai 2000.

Sesuai dengan pembangunan yang berkembang pesat maka Surau Balai Islam telah dinaikkan taraf kepada Masjid pada 4 April 2000. Masjid ini dinamakan Masjid Al Ghufran sempena nama yang diberikan oleh Yang Berbahagia Datuk Mohd Hashim B. Yahaya, Mufti Wilayah Persekutuan yang bermaksud 'Keampunan'.

Mudah - mudahan dengan kewujudan Masjid Al Ghufran ini akan menambahkan lagi rumah - rumah Allah yang bukan sahaja berfungsi sebagai masjid untuk pusat kegiatan sosial yang islamik kepada masyarakat, tetapi juga berfungsi sebagai tempat kemudahan yang diperlukan oleh para musafir khususnya dan umat Islam amnya dalam membantu menyemarakkan lagi syiar Islam ke pelusuk dunia'.

Cafe Al-Ghufran telah dirasmikan oleh YB Senator Menteri Wilayah Persekutuan Senator Dato' YM Raja Nong Chik pada 9hb Mei 2009 yang lepas dan konsep yang telah diterapkan oleh masjid Al-Ghufran ini harus dicontohi oleh masjid-masjid yang lain di seluruh Malaysia.

Bukti nyata kehebatan Masjid Al-Ghufran yang menjadi asas kehebatan Institusi Islam ini apabila masyarakat Islam dan anak-anak Mukim masjid ini saya boleh kategorikan sebagai cukup selesa dan aman bahagia. Moga mendapat pengiktibaran daripada kejayaan Masjid Al-Ghufran Pinggir Taman Tun Dr. Ismail ini. Wassalam.

Talian untuk sumbangan :
Masjid Al-Ghufran - Masjid Al-Ghufran Kompleks Balai Islam Pinggir Taman Tun Dr. Ismail,
No. 6C, Jalan 4 / 71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail,
Jalan Damansara,60000, Kuala Lumpur.
Tel: 03-77282127
Fax: 03-77255380
Email: ghufran@tm.net.my

Maahad Qiraat Al-Azhar Amal Aimy Zdalifah (Anak-anak Yatim)
Alamat: No.99, Lorong Pak Mat Kastam, KM 3, Lebuhraya Sultan Abdul Halim
05400 Alor StarKedah
Pengetua: Ustaz Mohd Rodi
Telefon: 04-7728421
Fax: 04-7728421

1 comment:

Pembuatan Ijazah said...

IJAZAH PALSU

Banyak sekali diantara kita semua yang terjebak dalam lubang pengangguran.
Menyedihkan memang ketika kita berulang kali keluar masuk dari satu perusahaan keperusahaan lain namun hasilnya tepap sama,DITOLAK!!!.
Mungkin juga diantara kita berfikir kenapa untuk menempuh jenjang pendidikan yang tinggi membutuhkan biaya yang tidak sedikit,bahkan cenderung makin menjerat.
Sedangkan untuk memperolah pekerjaan yang layak baik di instansi pemerintah maupun perusahaan swasta selalu disyaratkan: MINIMAL D3 atau S1.
Salah siapa?!
Apakah anda ingin berubah?
Atau ingin selalu dijajah?


ANDA BUTUH IJAZAH UNTUK MELAMAR KERJA/MELANJUTKAN KULIAH/KENAIKAN JABATAN?!?!

-SMU:3.000.000
-D3:6.000.000
-S1:8.000.000

* AMAN, LEGAL, TERDAFTAR DIKOPERTIS, BISA UNTUK MASUK(PNS, TNI, POLRI).

JUGA MELAYANI PEMBUATAN SURAT SURAT PENTING SEPERTI:SIM, STNK, KTP, REKENING BANK, SURAT TANAH, AKTE KELAHIRAN.BPKB, N1, SURAT NIKAH, DLL.

SYARAT:KTP/SIM,FOTO BERWARNA DAN HITAM PUTIH,UNIVERSITAS YANG DITUJU,IPK YANG DIMINTA(MAX 3,50),TAHUN KELULUSAN YANG DIMINTA,ALAMAT PENGIRIMAN YANG DIMINTA.KIRIM KE:arief_gagah@yahoo.com

BERMINAT?

HUB: +6285736927001.

(HANYA UNTUK YANG SERIUS SAJA)

Nb:Semua manusia berhak meiliki pekerjaan dan pendidikan yang layak,entah dari kalangan atas,menengah dan bawah.Maka dari itu kami ada untuk anda yang mebutuhkan ijazah atau surat-surat penting lainnya.


TERIMAKASIH