Tuesday, August 10, 2010

PERPECAHAN MELAYU

:dipetik daripada
http://kickdefella.wordpress.com/2010/08/10/memahami-perpecahan-melayu-dari-sudut-orang-biasa/

Memahami Perpecahan Melayu Dari Sudut Orang Biasa
10.08.2010
Saya bukan ahli politik. Saya bukan penganalisa politik. Saya bukan profesor Sains Politik. Tetapi itu semua bukan sebabnya saya tidak menulis di blog ini untuk hampir tiga minggu.

Akhir Julai lalu, saya dijemput memberi ceramah dan seterusnya mengendalikan satu kolokium bertajuk Melayu Berpecah, Apa Tindakan Kita? Dalam ceramah saya, saya berkongsi sudut pandang saya sebagai anak kelahiran Dasar Ekonomi Baru berhubung liku-liku perpecahan Melayu yang saya lalui, sedikit sebanyak memain peranan dan akhirnya cuba mengubatinya.

Saya berkongsi pengalaman ‘pecah dara’ politik saya pada 19hb Oktober 1977. Sebagai anak sekolah darjah satu bersekolah sessi petang di Sekolah Rendah Sultan Ismail (2) Kota Bharu. Sewaktu kami berkumpul untuk masuk kelas tiba-tiba segerombolan lelaki berlari menempuh kami di kejar oleh Pasukan Simpanan Persekutuan yang beberapa ketika sebelum itu telah melepaskan beberapa das Gas Pemedih Mata. Gerombolan lelaki itu telah membuat onar dan merosakan harta benda Kerajaan Negeri di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Pejabat SUK Negeri yang terletak di sebelah sekolah saya.

Ini adalah rentetan dari tunjuk perasaan antara beberapa kumpulan politik Melayu akibat daripada tindakan ADUN PAS meluluskan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Dato’ Haji Muhammad Nasir yang mewakili PAS Barisan Nasional setelah PAS bersama BN dalam Pilihanraya Umum 24 Ogos 1974. Iaitu Pilihanraya Umum pertama selepas Pilihanraya Umum 10 Mei 1969 yang membawa kepada tragedi 13 Mei 1969.

Keadaan huru hara berterusan di Kelantan walaupun Perintah Berkurung di isytiharkan mengakibatkan pada 8 November 1977, Persidangan Dewan Rakyat Parlimen Malaysia di tangguhkan bagi membentang dan membahaskan rang undang-undang Kuasa-Kuasa Dharurat (Kelantan) 1977 yang membolehkan Dewan Undangan Negeri Kelantan di gantung dan kuasa eksekutif diletak di pusat.

Rang undang-undang yang dibentang pada jam 7.35 malam dan sidang dewan hari itu hanya berakhir pada jam 2.45 pagi keesokkannya. 118 orang Ahli Yang Berhormat telah menyokong meluluskan rang undang-undang itu.

18 orang ahli yang berhormat termasuk dari PAS Barisan Nasional dan 7 dari DAP pula memilih untuk menentang. Mereka ialah,

1.Datuk Haji Mohd. Asri Bin Haji Muda (Menteri Tanah Galian Dan Tugas-Tugas Khas / Nilam Puri)
2.Datuk Haji Abu Bakar Bin Umar (Timbalan Menteri Kesihatan / Kota Setar)
3.Tuan Mustapa @ Hassan Bin Ali a.k.a Chegu Pa (Setiuasaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian / Kuala Terengganu)
4.Tuan Mohd Zahari Bin Awang
5.Tuan Haji Abdul Wahab Bin Yunus
6.Tengku Zaid Al Haj Bin Tengku Ahmad
7.Tuan Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Tok Guru Nik Aziz)
8.Tuan Haji Mohd Zain Bin Abdullah
9.Wan Sulaiman Bin Haji Ibrahim
10. Tuan Haji Ahmad Shukri Bin Haji Abdul Shukor

11. Tuan Haji Zakaria Bin Haji Ismail

12. Tuan Lim Kit Siang

13. Dr. Chen Man Hin

14. Tuan Lim Cho Hock

15. Tuan Farn Seong Than

16. Tuan Lee Lam Thye

17. Tuan Oh Keng Seng

18. Tuan Ngan Siong Hing

Bersabit dengan penentangan Ahli-Ahli Yang Berhormat PAS terhadap rang undang-undang yang dibentangkan oleh Barisan Nasional, yang PAS adalah parti komponennya, Majlis Tertinggi BN yang bermesyuarat pada 13 disember 1977 memberi PAS sehingga 17 Disember untuk mengambil tindakan ke atas wakil-wakil rakyatnya itu.

Bagaimanapun di dalam sidang media pada 14 Disember 1977, Datuk Asri telah mengumkan membawa PAS keluar daripada BN.

Saya tidak berminat untuk menulis berhubung retorik Asri waktu itu dan retorik Nik Aziz hari ini mengapa insiden ini dijadikan alasan untuk tidak menyokong perpaduan PAS UMNO masa kini.

Saya lebih berminat untuk memetik kalimah-kalimah ucapan Ayahanda kepada Umar Abdul Aziz PAS, iaitu Lim Kit Siang, pada jam 9.35 malam ketyika membahaskan rang undang-undang Kuasa-Kuasa Dharurat (Kelantan) 1977 di dalam Dewan Rakyat.

“… akan menjadi sangat perlu bagi kita untuk mengesan balik peristiwa yang berlaku di Kelantan yang telah mengakibatkan pembentangan Rang Undang-Undang ini di Parlimen pada petang ini.


Hampir dalam pertengahan bulan September, YAB Menteri Besar Kelantan telah diberi kata dua oleh partinya sendiri iaitu Jawatankuasa Perhubungan PAS Kelantan samada beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sebelum 20hb September ataupun menghadapai undi tidak percaya terhdapanya di Dewan Undangan Negeri Kelantan di mana PAS memegang 22 daripada 36 kerusi dalam Dewan tersebut.


Datuk Haji Mohamed Nasir enggan meletakkan jawatan dan beliau menuntut bahawa langkah itu diambil kerana beliau bertindak mengambil balik concession (balak) sebanyak 350,000 ekar tanah yang diberikan kepada Syarikat Timber Mines (milik Cina Singapura) dan juga kerana beliau membekukan tanah seluas 240,000 ekar di sempadan Kelantan-Perak yang dipercayai mengandungi bijih timah yang bermutu tinggi.


Pada 29hb September selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS diumumkan bahawa Datuk Haji Mohamed Nasir dipecat. Selepas itu diakui pula bahawa pemecatan Datuk Haji Mohamed Nasir adalah salah. Selepas itu diadakan suatu lagi mesyuarat pada 10hb Oktober 1977 di mana beliau dipecat semula oleh Jawatankuasa Tertinggi PAS dengan 13 undi menyokong, 7 undi menentang dan 2 undi berkecuali.


Pada 15hb Oktober, Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan usul tidak percaya terhadap Datuk Haji Mohamed Nasir dengan 20 undi menyokong dan 13 anggota UMNO dan seorang anggota MCA bertindak keluar dari Dewan.”


Detik diatas, yang saya kongsi sebagai anak kecil darjah satu merupakan sejarah hitam pertama perpecahan Melayu pasca Dasar Ekonomi Baru. Beberapa siri perpecahan kemudian terus berlaku yang akhirnya memberi nafas baru dan menjadi detik kebangkitan semula PAS. Perpecahan itu ialah,

1.Perpecahan UMNO 1987 yang membawa kepada Penubuhan Parti Melayu Semangat 46 dan menyaksikan Semangat 46 dan PAS merampas semula Kelantan.
2.Perpecahan UMNO akibat pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang menyaksikan Terengganu dirampas oleh PAS dalam PRU 1999.
3.Perpecahan dalam UMNO terhadap kelemahan pucuk Pimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang menyaksikan BN kehilangan kepercayaan Bukan Melayu dan tsunami politik dalam PRU 2008.
Saya akan membincangkan kedudukan politik Melayu menerusi kedudkan di Dewan Rakyat dalam perbincangan di posting akan datang. Bagaimanapun insiden Kelantan 1977 suka saya ketengahkan hari ini kerana ia amat significant terutama ianya sentiasa digunakan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai alasan mengapa beliau tidak boleh terima kerjasama dengan UMNO lagi. Ianya juga disebut dengan penuh melankoli oleh Husam Musa dalam kenyataannya baru-baru ini tanpa cuba menceritakan fakta sebenar.

Tetapi itu bukan sebabnya saya tidak menulis untuk hampir tiga minggu. Sebabnya ialah apabila saya mendengar pandangan-pandangan dari tetamu-tetamu yang berucap di dalam kolokium itu menggusarkan saya.

Apakah rata-rata kita faham apa yang sedang berlaku?

Keputusan PRU 2008 sudah muak kita perkatakan. Tetapi saya ingin mengajak kita melihatnya sekali lagi dari sudut yang berlainan dan tertumpu kepada Konstituensi-Konstituensi Dewan Rakyat di Semenanjung Malaysia.

Semenanjung Malaysia atau satu masa dahulu kita panggil sebagai Persekutuan Tanah Melayu secara politik hari ini dipecahkan 165 buah kerusi Parlimen.

Daripada jumlah itu, hampir 70% atau 114 kerusi adalah terdiri daripada konstituensi pemilih Melayu melebihi 50%. Bakinya sejumlah 41 atau 30% kerusi adalah konstituensi majoriti pemilih Bukan Melayu yang kebanyakannya terdiri daripada warganegara Malaysia keturunan Cina.

Walaupun begitu dari segi representasinya, Bukan Melayu mempunyai 57 orang Wakil Rakyat dan jumlah Wakil Rakyat Melayu pula ialah 108 orang atau 65% sahaja.

Daripada jumlah itu pula 27 orang berada di dalam barisan Pembangkang dan hanya 49% sahaja yang mewakili orang-orang Melayu Semenanjung di dalam Parti yang menubuhkan Kerajaan di Pusat.







Berdasarkan dua carta di atas kita boleh melihat jumlah kelikatan pengundi Melayu berbanding Pengundi Bukan Melayu di konstituensi majoriti masing-masing.

114 konstituensi Melayu saya pecahkan kepada 3 berdasarkan kecenderungan pemilih terhadap parti-parti politik Melayu.

1.Konstituensi Pemilih Melayu lebih 90%
2.Konstituensi Pemilih Melayu antara 80-89%
3.Konstituensi Pemilih Melayu antara 50-79%
41 konstituensi majoriti Bukan Melayu juga saya bahagi kepada 3 berdasarkan kecenderungan politik masing-masing.

1.Konstituensi Pemilih Bukan Melayu lebih 80%
2.Konstituensi Pemilih Bukan Melayu antara 60-79%
3.Konstituensi Pemilih Bukan Melayu 50-59%
Konstituensi Pemilih Melayu lebih 90% terdapat 27 buah kerusi Parlimen. Ia merupakan kawasan perpecahan paling ketara di kalangan pemilih-pemilih Melayu dengan UMNO Barisan Nasional menguasai 48% atau 13 kerusi, PAS menguasai 41% atau 11 buah kerusi. PKR pula memilik 3 buah kerusi yang dimenangi ehsan daripada PAS. Ketiga-tiga kerusi itu ialah Ketereh, Tanah Merah dan Machang. Kesemuanya di Kelantan dan kesemuanya adalah kerusi pernah dimenangi oleh BN dalam PRU 2004. Boleh dikatakan kekuatan BN dan PAS di konstituensi Melayu lebih 90% adalah 50-50.



Sebaliknya, di konstituensi pemilih Bukan Melayu melebihi 80%, carta pienya menyamai bendera Negara Jepun dan ini membuktikan bahawa betapa teguhnya keputusan mereka memilih hanya satu parti politik mewakili mereka. Terdapat 12 konstituensi di mana pemilih Bukan Melayu melebihi 80% dan kesemuanya dimenangi oleh DAP.

Di dalam kategori 2, Konstituensi Pemilih Melayu di antara 80-89% terdapat sejumlah 16 buah kerusi dan ia merupakan kubu kuat UMNO Barisan Nasional di mana ia menguasai lebih 80% kerusi yang dipertandingkan. Di dalam pilihanraya 2004 BN hampir menyapu bersih kerusi-kerusi di dalam kategori ini.



Bagi kawasan majoriti Pemilih Bukan Melayu pula, kategori kedua mewakili konstituensi Pemilih Bukan Melayu di antara 60-79%. Di dalam PRU 2004, ia merupakan kubu kuat komponen BN seperti MCA, GERAKAN dan MIC. Di dalam PRU 2008, BN hanya memenangi 6 kerusi atau 33% sahaja. DAP telah berjaya melebarkan penguasaannya dengan menguasai 58% atau 11 buah kerusi Parlimen. PKR pula berjaya mendapat 2 kerusi dan yang paling significant ialah apabila PKR meletakan calon Melayu di Parlimen P052 Bayan Baru dan menang.

Bagi kategori terakhir ialah Konstituensi Pemilih Melayu diantara 50 ke 79%. 86% calon yang bertanding di sini ialah calon Melayu mewakili UMNO, PAS dan PKR manakala 14% atau sejumlah 10 orang adalah Bukan Melayu, masing-masing 6 dari BN dan 4 dari PKR. Sekiranya tidak terdapat perpecahan politik di kalangan orang-orang Melayu, kesepuluh kerusi ini boleh di tandingi dan dimenangi oleh calon Melayu.

BN menerusi UMNO, MCA, GERAKAN, MIC menguasai 61% atau sejumlah 43 kerusi. PAS menguasai 13% atau 9 kerusi dan PKR menenangi 19 kerusi atau sejumlah 27%.



Bagi kategori ke tiga konstituensi Pemilih Bukan Melayu ialah kerusi-kerusi pemilih bukan Melayu diantara 50 – 59%. BN menguasai hanya 45% kerusi atau sejumlah 9 kerusi berbanding dengan 11 kerusi dimenangi pembangkang. Terdapat dua calon Melayu menang iaitu masing-masing satu dari PAS dan satu dari UMNO. Penguasaan DAP mula pudar di kawasan pemilih Bukan Melayu kurang dari 60% dan kesannya mereka menguasai 3 kerusi atau hanya 15%.

Kategori ke tiga bagi Konstituensi Pemilih Bukan Melayu juga menyaksikan penguasaan PKR sebanyak 35% atau 7 kerusi.

Daripada 6 pecahan kategori bagi konstituensi Parlimen Semanjung Malaysia atau yang asalnya Tanah Melayu, kita dapat lihat DAP sebenarnya adalah sebuah parti politik yang tebal kecinaannya. Ini kerana ia hanya berpengaruh di kawasan kelikatan pemilih Bukan Melayu khususnya pemilih keturunan Cina yang tinggi. Manakala PKR, satu lagi Parti Politik yang tidak mewakili kepentingan Melayu telah mula mencairkan peranan Barisan Nasional di konstituensi-konstituensi campuran iaitu didalam lingkungan 60% pengundi Melayu atau 60% pengundi Bukan Melayu.

Bagi kesimpulan terhadap posting kali ini, suka saya memetik tulisan AlMarhum Tunku Abdul Rahman Putra di dalam bukunya, 13 Mei Sebelum dan Selepas.

“Kedudukan ini membuktikan apa yang telah saya ingatkan kepada orang Melayu dalam masa berkempen bahawa orang Melayu sendirilah yang boleh menjahanamkan kaumnya. Pakatan yang dibuat antara DAP, GERAKAN dan PAS telah mendatangkan kemenangan kepada parti-parti bukan Melayu dengan memperoleh kekuatan politik yang mereka belum pernah kecapi pada masa yang lepas.


Kekalahan kerusi-kerusi UMNO di Perak dan Selangor tidak sekali-kali mendatangkan keuntungan kepada orang Melayu dalam PAS. Mungkin mereka gembira dengan kekalahan PERIKATAN di kawasan-kawasan tersebut, tetapi kejadian ini terus berlaku, apakah harapan kita untuk masa hadapan.

No comments: