Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan tiga muka baru bagi menggantikan beberapa jawatan penting dalam Badan Perhubungan UMNO Selangor.
Mereka ialah Ketua UMNO Bahagian Puchong, Datuk Mohd. Satim Diman sebagai Setiausaha Perhubungan negeri menggantikan Datuk Raja Ideris Raja Ahmad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuang, Abdul Shukur Idrus dilantik Ketua Penerangan baru dari penyandangnya ADUN Sementa, Datuk Abd. Rahman Palil.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor turut mengumumkan Datuk FD Iskandar sebagai Bendahari bagi menggantikan Datuk Adnan Buyong dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo mengetuai pasukan pemikir peringkat UMNO negeri.
Najib berkata, mesyuarat pertama itu telah membincangkan betapa pentingnya UMNO Selangor bekerja sebagai satu pasukan yang padu serta sentiasa mengutamakan kepentingan dan kebajikan rakyat.
Katanya, pendekatan yang akan diambil ialah memperbanyakkan lagi program bersifat mesra rakyat dalam sebarang tindakan dilakukan sama ada atas nama wakil rakyat, ketua bahagian atau pemimpin UMNO.
“Kita juga turut mengambil langkah-langkah tertentu untuk tingkatkan keberkesanan khidmat UMNO kepada rakyat terutama sekali masyarakat di Selangor.
“Ini termasuk mengkaji semula peranan yang dimainkan oleh pemimpin UMNO dan kaedah yang diguna pakai.
“Saya percaya dengan semangat yang ditunjukkan hari ini dan pendekatan baru yang akan diamalkan kita mampu meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang akhbar di Bangunan UMNO Selangor di sini.
Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.
Najib menegaskan, dengan pendekatan mesra dan mengutamakan rakyat beliau telah menggariskan beberapa langkah yang perlu dilakukan oleh perhubungan UMNO Selangor.
Beliau berkata, UMNO akan bertindak menyediakan hujah untuk menerangkan fakta yang betul bagi berhadapan dengan perkara yang dilemparkan oleh pihak tertentu sama ada ia berbentuk fitnah atau diputarbelitkan.
“Tindakan mereka seolah-olah kita tidak betul atau kita diletakkan dalam keadaan terlalu defensif berhubung apa yang dilemparkan kepada UMNO, jadi dengan langkah-langkah kita ambil, UMNO lebih bersedia untuk menghadapi serangan daripada pembangkang,” jelasnya.
Sementara itu Najib sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa beliau hanya bersedia untuk berunding dengan pakatan pembangkang bagi membincangkan kemelut politik Perak jika tidak diletakkan sebarang syarat.
“Ini kerana pembubaran (Dewan Undangan Negeri) bukan kuasa kita, ia adalah kuasa Sultan Perak,” ujarnya.
Beliau menjelaskan demikian sebagai mengulas syarat yang ditetapkan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa perundingan dilakukan setelah DUN Perak dibubarkan.
BADAN PERHUBUNGAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO
NEGERI SELANGOR SESSI 2008 – 2011.
1.  Ketua Pemuda Negeri                        Tuan Haji Suhaimi  Mohd Ghazali
     (Sepang )
     Biro Politik, 1Malaysia & Pemuda BN
2.  Naib Ketua Pemuda Negeri             Sdr. Zainuri  Dato’ Hj. Zainal
     (Klang )
     Biro Pengurusan
3.  Penolong Setiausaha                          Sdr. Zurihan  Yusop
     (Kuala Langat )
4.  Penolong Bendahari                           Sdr. Abdul  Samad Hj.Dawood
     ( Sabak Bernam )
 5.  Ketua Penerangan                              Sdr. Azmir  Yuzaimi  Mohd Yunos
    (Puchong )
     Biro Penerangan, Agama & Dakwah
 6. Biro Tugas2 Khas & Perang Saraf                Sdr. Safarizul  Bin Mustafa
    (Ampang )
 7. Biro Hal Ehwal Bandar                              Ungku Md Salleh  Ungku Abd Jamal 
    (Serdang )
 8. Biro Media Baru                                          Sdr. Harrison Hj. Hassan
    ( Subang )
 9.  Biro  Ekonomi & Pembangunan Usahawan                   Sdr. Sohaimi  Sahadan
      (Selayang )
 10. Biro Putera UMNO                                       Hj. Megat Zulkarnain Dato’ Omardin
    (Gombak )
 11. Biro Kebudayan & Kesenian                       Sdr. Sdr. Azhar Hambali
    ( Hulu Langat )
 12. Biro Hal Ehwal Luar Bandar                         Sdr. Mahmud  Karim
    (Hulu Selangor )
 13. Biro Pendidikan Politik                                  Sdr. Ahmad Affandi Hamzah
    (Kelana jaya )
 14.  Biro Aduan Komuniti                                   Sdr. Nur Azman Anuarul Perai            
    (Kota Raja )
 15. Biro Perhubungan Kerajaan                        Sdr. Mohd Nor Saad
    ( Kuala  Selangor )
 16.  Biro Belia & Sukan                                       Sdr. Ridzuan Mahidin 
    (Petaling jaya Selatan ) 
 17. Biro Pelajaran & Pengajian Tinggi                 Sdr. Hj. Latt Sharizan  Abdullah
    (Petaling Jaya Utara )
 18. Biro Keahlian & Daftar Pemilih                    Sdr. Hishamuddin Muhamad
   ( Pandan )
 19. Biro Pidato & Penghujahan Umum              Sdr. Budiman Mohd Zohdi
    ( Sungai  Besar )  
 20. Biro Pekerja & Profesional Muda                 Sdr. Azahari Dato’ Shaari
    ( Shah Alam )
 21. Biro Perhubungan Ngo’s                             Hj. Mohd Roslee Abd Hamid
    (Kapar )
 22. Biro Pertanian & Industri Asas Tani             Ustaz Mohamad Khir  Hj. Ramli
     (Tanjung Karang )
 23.  Exco Pemuda UMNO Malaysia                  Sdr. Lokman Noor Adam
     ( Shah Alam )
 24. Exco Pemuda UMNO Malaysia                   Mohd Anis Hisyam Dato’ Abd  Aziz
    ( Kuala Selangor )
 25. Setiausaha Kerja Pemuda                          Hj. Sulaiman Samia’an
    ( Sepang )
 
No comments:
Post a Comment