Tuesday, November 16, 2010

17th NOVEMBER 2010 : MUSLIMS CELEBRATE AIDILADHA











MUSLIMS CELEBRATE AIDILADHA

During the celebration of Aidiladha, Muslims commemorate and remember the trials of Prophet Ibrahim.

One of the prophet''s main trials was to face the command of Allah (God) to kill his only son.

When he was prepared to submit to Allah''s will, Allah revealed to him that his "sacrifice" had already been fulfilled and that his love for Allah superceded all others.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid.

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
DALIL PENSYARIATAN

* Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 :Maksudnya : “Maka kerjkanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur”.
* Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 :Maksudnya: “Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu”.
* Sabda Rasulullah S.A.W.:Maksudnya : “Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”. (Hadis riwayat Tirmidzi)

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

* Menambah amal kebajikan. Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:Maksudnya: “Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan”. (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
* Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:Maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu”. (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
* Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.Sabda Rasullah Sallahahu ‘Alaihi Wasallam:

Maksudnya: “Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla.” (Hadis riwayat Thabrani)
* Rasullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda:Maksudnya : “Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta’ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tunduk-tunduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih.” (Hadith riwayat Tirmidzi)
* Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.


How To Do Eid-ul-Adha Prayer

(Based on Hanafi School of Islamic fiqh)

Eid is a special occasions and one of the things which makes it so is the Eid-ul-Adha congregational prayer.

Since this prayer comes only once a year, there is often confusion about how to perform this prayer. Here is how to do it:

In general, when praying any Salah, always follow the Imam in prayer. Do not make your movements (i.e. bowing, prostrating, etc.) before he does or different from him.

Eid prayer consists of two units (Rakat in Arabic, singular is Raka). The main difference in the way this prayer and any other prayer of two Rakat is performed is the number of Takbirs that are done.

Takbirs is an the Arabic word referring to when "Allahu Akbar" is said and the hands are raised to the ears.

Step 1: Make an intention of doing two Rakat behind the Imam for Eid prayer along with six additional Takbirs.

The First Raka

Step 2: After the Imam has said "Allahu Akbar" the first time, you should raise your hands and follow. This is the first Takbir of the prayer.

Step 3: There will be 3 Takbirs before the Imam starts reciting Quran. Each time the Imam says "Allahu Akbar", you should follow by raising your hands, then putting them on your sides.

After the third Takbir, the Imam will begin reciting the Quran. At that point, you should put your hands on your chest, with your right hand on top of the left.

Step 4: Listen to the recitation of the Holy Quran. The Imam will recite Surah Al Fatiha (the first Surah of the Quran) and then another Surah.

Step 5: When the Imam says "Allahu Akbar" go into Ruku (the bowing position).

Step 6: Stand up straight when he says Sami Allahu liman Hamidah (Allah hears those who praise Him), and say "Rabbana lakal Hamd" (our Lord praise be to You) in a low voice.

Step 7: When the Imam says "Allahu Akbar" go into Sujud (prostration). You will do two prostrations as in normal prayer.

The Second Raka

Step 8: The Imam will first recite from the Holy Quran (first Surah Al Fatiha and another Surah.

Step 9: After the recitation, before going into Ruku, there will be 3 Takbirs. Follow the Imam. Raise your hands after each "Allahu Akbar". After the third Takbir, go into Ruku (the bowing position).

Step 10: Stand up straight when the Imam says Sami Allah huliman Hamidah, and say "Rabbana lakal Hamd" in a low voice.

Step 11: When the Imam says "Allahu Akbar" go into Sujud. You will do two prostrations.

Step 12: After this, you sit for the complete Tashshahud.

Step 13: After the Imam ends the prayer by turning to his face to the right first and saying "Assalamu alaikum wa Rahmatullah" and then to his left and doing the same, you should follow.

Step 14: Do not get up right away. The Imam will give a short Khutbah (speech). Please stay still and listen. It is recommended to do so.

No comments: