Monday, November 15, 2010
PERLANTIKAN UNTUK MENGETUAI GABUNGAN MUDA BERJAYA (GMB) NEGERI KELANTAN
Saya dengan rendah diri dan berterima kasih kepada GABUNGAN MUDA BERJAYA (GMB) MALAYSIA di atas PERLANTIKAN dan kepercayaan GMB untuk saya mengetuai GABUNGAN MUDA BERJAYA (GMB) NEGERI KELANTAN. Amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh Pengerusi GMB Malaysia iaitu Saudara Agil Faisal akan dimanfaat sepenuhnya dan akan menggerakkan sekudrat mungkin menjayakan program-program GABUNGAN MUDA BERJAYA (GMB) untuk peringkat Negeri Kelantan.
Berikut adalah objektif-objektif penubuhan GABUNGAN MUDA BERJAYA PERINGKAT NEGERI KELANTAN
OBJEKTIF PENUBUHAN
1. MEWUJUDKAN KUMPULAN USAHAWAN, PROFESSIONAL MUDA, SERTA USAHAWAN PELAJAR DAN MENGGABUNGKAN PERTUBUHAN-PERTUBUHAN UNTUK KEPENTINGAN DAN FAEDAH EKONOMI, POLITIK DAN SOSIAL NEGARA
2. MENYEDIAKAN LANDASAN DAN RUANG BAGI GOLONGAN MUDA UNTUK MENYUARAKAN PENDAPAT DAN KEHENDAK MEREKA KHUSUSNYA DI BIDANG EKONOMI UNTUK KEPENTINGAN PEMBANGUNAN NEGARA
3. MERANCANG PROGRAM LATIHAN DAN SOKONGAN YANG TERPERINCI KE ARAH KEMAMPANAN PERNIAGAAN AHLI-AHLI GABUNGAN MUDA BERJAYA DI PERINGKAT NEGERI, NASIONAL DAN GLOBAL
4. MEWAKILI GOLONGAN USAHAWAN MUDA DI DALAM PERBINCANGAN BERKENAAN DENGAN KELANGSUNGAN EKONOMI YANG BERKAITAN DENGAN USAHAWAN MUDA KHUSUSNYA DI DALAM SEKTOR-SEKTOR STRATEGIK NKEA
5. MENJALANKAN PENYELIDIKAN DALAM KE SEMUA ASPEK KEUSAHAWANAN ATAU MENCADANGKAN KAEDAH-KAEDAH TINDAKAN & PROSEDUR YANG DI ANGGAP PERLU DAN FAEDAH UNTUK KE SEMUA ATAU SALAH SATU DARI OBJEKTIF ASAS GABUNGAN MUDA BERJAYA
6. ORGANISASI YANG MEMBERI TUMPUAN KEPADA GOLONGAN USAHAWAN MUDA UNTUK BERTINDAK SEBAGAI PEMBIMBING DI PERINGKAT AWAL
7. MEREALISASIKAN PERSEDIAAN USAHAWAN MUDA BAGI MENGHADAPI CABARAN GLOBALISASI K-EKONOMI DENGAN BERTUNJANGKAN ILMU & PENGETAHUAN
8. MENJADI PUSAT RUJUKAN DAN SOKONGAN KEPADA USAHAWAN MUDA DAN JAMBATAN KEPADA KERAJAAN DAN DUNIA LUAR
9. MENYEDIAKAN PANGKALAN DATA, PUSAT SOKONGAN SSO SERTA JARINGAN PERNIAGAAN UNTUK KEMUDAHAN USAHAWAN MUDA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment