Friday, December 31, 2010

LAST MOMENT OF 2010






2010 akan melabuh tirai dalam masa beberapa jam saja lagi. Saya sedang memikirkan apa yang perlu diusahakan untuk tahun 2011. Pengamatan saya memerhatikan sekeliling ruangan di THE CURVE yang penuh muda-mudi dengan gelagat masing-masing yang begitu bervariasi dan mengasyikkan. Setidak-tidaknya permasaalahan dan agenda yang tergendala untuk tahun 2010 sedikit-sebanyak bakal di'engineered' dalam komposisi yang lebih matang untuk tahun 2011.

2011 bakal menjanjikan sebuah penghidupan dan pengalaman yang lebih mencabar. Hakikatnya kualiti diri harus dipertingkatkan dalam dunia penuh competitive hari ini. Tidak lagi melihat kebelakang, penguasaan diri dalam pelbagai cabang ilmu dan kemahiran bakal memberikan kelebihan kepada diri kita ini.

Saya berazam untuk memastikan kekecewaan dan pengalaman ngeri untuk tahun 2010 tidak akan diulangi dan produktiviti diri dan syarikat untuk 2011 bakal dikembangkan dan dipertingkatkan semaksimum mungkin. Hakikatnya 'dollar & cents' menjadi nilaian dan KPI terbaik untuk kita menguji kualiti dan kemampuan diri untuk 2011. Azam tahun 2011 supaya diri dan keluarga terus bahagia yang mana keselesaan dan kesempurnaan hidup sekeluarga lebih diberkati oleh ALLAH dan dimurahkan rezeki olehNYA!

........jika masih ada sikit waktu
izinkan ku meneruskan perjalanan yang jauh ini
mengapai seribu satu bintang
memetik setiap nilai kehidupan
untuk kujadikan bekal dan untuk ku titipkan
takkala suatu hari nanti..
waktu ini bukan lagi miliki...

No comments: