Monday, December 27, 2010

TERKINI 27HB DISEMBER : PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI-NEGERI




KUALA LUMPUR 27 Dis. - UMNO di tiga negeri iaitu Terengganu, Kedah dan Pulau Pinang akan diterajui oleh pengerusi yang baru mulai 1 Januari ini di selepas rombakan badan-badan perhubungan negeri seperti diumumkan hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Datuk Seri Ahmad Said akan kembali menerajui UMNO Terengganu mengambil alih tugas daripada Naib Presiden, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Manakala Yahya Khatib Mohamad pula dilantik sebagai Timbalan Pengerusi badan perhubungan UMNO negeri.

Di Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah akan mempengerusikan badan perhubungan UMNO negeri itu, mengambil alih tugas daripada Datuk Seri Shafie Apdal manakala Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula sebagai timbalan beliau.

Bagi Pulau Pinang pula, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi badan perhubungan kepada timbalannya, Datuk Zainal Abidin Osman manakala Datuk Musa Sheikh Fadzir dilantik sebagai Timbalan Pengerusi perhubungan.

Bagi negeri-negeri lain tidak ada perubahan berlaku termasuk di Selangor yang masih kekal di bawah Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula kekal sebagai pengerusi badan perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun di Perlis, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Timbalan Pengerusi badan perhubungan menggantikan Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Berikut senarai penuh pengerusi dan timbalan pengerusi badan perhubungan UMNO di seluruh negara:

KEDAH

Pengerusi - Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah

Timbalan Pengerusi - Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir

PERLIS

Pengerusi - Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu

Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Shahidan Kassim

TERENGGANU

Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Said

Timbalan Pengerusi - Yahya Khatib Mohamad

PULAU PINANG

Pengerusi - Datuk Zainal Abidin Osman

Timbalan Pengerusi - Datuk Musa Sheikh Fadzir

SELANGOR

Pengerusi - Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN

Pengerusi - Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Pengerusi - Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin

NEGERI SEMBILAN

Pengerusi - Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan Pengerusi - Datuk Shaziman Abu Mansor

PAHANG

Pengerusi - Datuk Seri Adnan Yaakob

Timbalan Pengerusi - Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin

MELAKA

Pengerusi - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam

Timbalan Pengerusi - Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR

Pengerusi - Datuk Abdul Ghani Othman

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad

SABAH

Pengerusi - Datuk Seri Musa Aman

Timbalan Pengerusi - Datuk Mohamad Salleh Tun Said

KELANTAN

Pengerusi - Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan Pengerusi - Datuk Dr. Awang Adek

PERAK

Pengerusi - Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir

Timbalan Pengerusi - Datuk Seri Ahmad Husni Hanazlah

No comments: