Saturday, February 5, 2011

6hb FEB; PELANCARAN GELOMBANG MERAH oleh YB DS MUSTAPA MOHAMED



6hb Februari 2011, bertempat di Dewan Utama, Bangunan UMNO Kelantan dengan dihadiri lebih 1000 orang pemuda-pemuda UMNO seluruh Bahagian di Kelantan menjadi saksi penting Pelancaran Gelombang Merah, Transformasi Gelombang Rakyat Kelantan; satu inisiatif Gelombang Rakyat oleh kepimpinan Pemuda UMNO Kelantan bagi menggerakkan satu momentum memperjuangkan nasib golongan MUDA Kelantan.
GELOMBANG MERAH dilihat sebagai pencetus kepada sebuah gerakan untuk memperjuangkan NASIB ANAK MUDA Kelantan supaya lebih terbela melalui PENTADBIRAN sebuah Kerajaan yang Mantap, Berpengalaman dan Diyakini Mengutamakan Rakyat dalam segala aspek pentadbirannya.
Kerajaan yang ada di Kelantan pada hari dilihat GAGAL untuk menyediakan segala prasarana dan peluang-peluang yang membolehkan masa depan Anak-anak Muda Kelantan lebih terbela dan terjamin.
Gelombang Merah hasil cetusan daripada permasaalahan yang wujud daripada pentadbiran Kerajaan yang lemah dan Rakyat Kelantan hari ini bertekad untuk bangkit dan melakukan perubahan dan ianya harus bermula dari sekarang. Setiap jiwa anak muda Kelantan akan di dedahkan dengan keampuhan,kelemahan dan penyelewangan yang telah dilakukan oleh Kerajaan Kelantan hari ini dan Rakyat tidak mahu lagi masa suram dan kesilapan ini berulang kembali.
Untuk itu, melalui pelancaran Gelombang Merah, Transformasi Gelombang Rakyat Kelantan ini, kita mengharapkan akan ada satu sinar baru untuk melihat pemodenan dan pembangunan Negeri Kelantan dapat dilaksanakan secepat mungkin selaras dengan gagasan Wawasan 2020 yang telah diilhamkan oleh Pemimpin Terdahulu. Rakyat Kelantan akan lebih sejahtera dengan PENTADBIRAN KERAJAAN BARU yang lebih berkaliber, mantap dan Berwawasan.
GELOMBANG MERAH, GELOMBANG RAKYAT KELANTAN!

No comments: